Blog ini memberikan panduan kesihatan, petua dan tips bagaimana hendak menguruskan badan

Friday, May 17, 2019

Emma Mahu Kurus Agar Dapat Bertemu Jodoh

Emma Mahu Kurus Agar Bertemu Jodoh

Jauh dibalik pipi tembam dan keceriaan Emma, sesekali ada keinginan yang terpendam.

" Jika aku kurus dan langsing, pasti akan bertemu jodoh ".

Maka Emma senyap-senyap melakukan diet. Emma selalu menolak ajakkan rakan-rakannya yang mahu keluar makan bersama. Emma juga menolak masakan emaknya yang paling sedap dalam hidupnya.

Bulan pertama Emma berjaya turunkan berat badan sebanyak 2 kg. Tidak hanya berat badan, tapi hubungan dengan keluarga dan rakan-rakan juga menurun.

Mana pergi Emma yang dulu suka makan dan sentiasa ceria. Emaknya kecewa kerana dia sering tidak mahu makan. Emma meminta maaf, tapi kelihatan emaknya agak kecil hati.


Emma Berjaya Kurus

Bulan berganti bulan, Emma berhasil turunkan berat badan sebanyak 10 kg. Diwaktu petang, Emma menjelaskan pada emaknya apa yang sudah berlaku beberapa bulan ini. Emma ingin kurus supaya dicintai dan dipertemukan jodoh.

Emaknya menggelengkan kepala, tapi memahami situasi Emma, lalu berkata.

" Emma kamu lupa satu hal ".

" Apa dia mak? Jawab Emma.

" Cinta itu adalah kerana seseorang menerima kamu, bukan sekadar bentuk badan kamu, cantik paras rupa kamu, mak setuju Emma diet tapi dengan tujuan menjaga kesihatan. Kamu boleh berubah demi hal yang baik dengan cara yang baik, pasti orang lain akan memahami ". Ujar emaknya.

Emma terpaku sedih mendengar, menitis air mata membasahi pipi lalu memeluk erat emaknya yang sentiasa mengerti apa yang dilakukan Emma.

Ingin kurus agar dicintai dan dipertemukan jodoh adalah fikiran bodoh yang membuatkan Emma menampar dirinya sendiri.

Emma Kembali Seperti Dulu

Sejak hari itu, Emma kembali dengan kehidupannya seperti dulu, tapi masih menjaga pemakanannya dengan mengubah fikiran dietnya itu untuk menjaga kesihatan.

Kini rakan-rakan Emma memahami niatnya untuk berdiet bahkan memberi dorongan dan cara diet yang betul. Emma kembali makan masakan air tangan seorang emak, alangkah gembira tersenyum riang emaknya.

Love Is Not About Size

No comments:

Post a Comment

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Yang 62

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Yang Ke 62 Assalamualaikum semua, hai. Alhamdulillah rakyat Malaysia bakal ,menyambut Hari Kemerdeka...