Blog ini memberikan panduan kesihatan, petua dan tips bagaimana hendak menguruskan badan

Friday, May 31, 2019

Resepi Air Barli Viral Untuk Cantikkan Kulit Dan Kuruskan Badan Anda

Saya pasti ramai yang dah tahu atau ada lagi yang belum tahu resepi air bali viral ini. Ia bukan saja untuk sihat, cantikkan kulit, tetapi juga dapat menguruskan badan jika diamalkan.

Air barli ni jika kita minum secara konsisten, kulit yang kusam akan kembali berseri-seri dan badan kita juga boleh kurus.

Modal tak besar, so boleh minum hari-hari.

Resepi Air Barli Viral Untuk Cantikkan Kulit Dan Kuruskan Badan Anda

Khasiat Barli Itu Sendiri

1. Barli mampu mengawasi tahap gula dalam darah. Yang ada penyakit diabetes bagus makan barli sebagai makanan sampingan.

2. Barli dikatakan boleh menguruskan badan, kerana ia bertindak sebagai menahan selera makan. Ahhh bst kan

3. Jangan terkejut, barli boleh buatkan anda nampak lebih muda kerana ia membuang toksin dalam tubuh sekaligus membuatkan kulit lebih sihat.

4. Mereka yang mengalami masalah rambut seperti gugur, kelumumur dan berbuah memang bagus kalau minum barli kerana ia mengandungi sejumlah garam galian, vitamin dan antioksidan yang boleh menghasilkan rambut sihat.

5. Menyejukkan badan, bagus bagi sesiapa yang demam.


Bahan-Bahan :

1. Setengah cawan biji barli

2. 1 batang kayu manis ceylon

3. 1 biji Lemon

4. 1 atau 2 sudu madu

5. Air dalam 6 atau 7 gelas


Cara Penyediaan :

1. Rebus biji barli bersama kayu manis ceylon sampai barli tu kembang, amik masa dalam setangah jam camtu.

2. Dah kembang semua bermakna dah siap, boleh tutup api.

3. Ok sebelum minum perahkan sedikit lemon dan campurkan dengan sedikit madu.

Ok, selamat mencuba semua kawan-kawan. Semoga bermanfaat.

No comments:

Post a Comment

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Yang 62

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Yang Ke 62 Assalamualaikum semua, hai. Alhamdulillah rakyat Malaysia bakal ,menyambut Hari Kemerdeka...