Blog ini memberikan panduan kesihatan, petua dan tips bagaimana hendak menguruskan badan

Friday, May 24, 2019

Resepi Air Kurus Viral Untuk Kempiskan Perut

Patutlah air kurus viral ni diminati ramai, sampai sehari tak minum rasa macam setahun.

Rupanya, sebab manfaat air ni bukan setakat untuk kurus je, tapi juga bagus untuk turunkan kadar gula dalam darah dan banyak lagi.

Mana taknya, bahan bahan semuanya organik dan sangat berkhasiat.


Bahan-bahan:

1. 1 liter air
2. 2 batang serai
3. 7 biji cengkih
4. 1 batang Kayu Manis Ceylon (kayu manis biasa tak bagus untuk kesihatan)
5. 3 hiris halia diketuk
6. 1 biji lemon
7. Madu

Cara-cara penyediaan:

Rebus semua bahan kecuali madu dan lemon selama 15 - 20 minit.

Tutup api, ambil setengah gelas air rebusan, tambah setengah gelas air biasa, perah 1 hirisan lemon dan 1 sudu madu. Minum ketika suam sebelum makan.

Balance air rebusan boleh disimpan dalam peti sejuk. Bile nak minum, ambil air setengah gelas dan tambah setengah gelas air panas. Minum suam suam ok.



Khasiat dari tiap bahan-bahan dalam air kurus viral tu.

SERAI
- menurunkan berat badan
- kurangkan kolesterol dan turun kan gula dalam darah
- menurunkan tekanan darah tinggi
- membuang toksin dari badan
- membantu pencernaan
- mengandungi citral yg boleh merawat kanser

HALIA
- membuang angin dalam badan
- mengurangkan bau hamis darah ketika haid
- membuang angin dalam badan
- merawat pengaliran darah

CENGKIH
- merawat masalah pernafasan
- membantu sistem pencernaan
- memanaskan tubuh
- mengandungi euganol yg berfungsi mencegah pembekuan darah yg mencegah penyakit jantung & stroke
- sumber antioksidan yg menjaga kesihatan kulit & wajah

KAYU MANIS CEYLON
- mengandungi kandungan coumarin yg amat rendah (0.017gm/kg) berbanding kayu manis cassia (0.31-6.97gm/kg)
- mengatasi masalah senggugut
- mengurangkan kolesterol
- membantu melambatkan proses penuaan
- merawat nafas berbau
- mengurangkan kadar gula dalam darah
- membantu merawat insomnia

Semoga bermanfaat pada semua ok.

No comments:

Post a Comment

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Yang 62

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Yang Ke 62 Assalamualaikum semua, hai. Alhamdulillah rakyat Malaysia bakal ,menyambut Hari Kemerdeka...