Blog ini memberikan panduan kesihatan, petua dan tips bagaimana hendak menguruskan badan

Tuesday, May 28, 2019

Untuk Kurus Dan Sihat Kenalpasti Waktu Bila Anda Perlu Makan


Untuk Kurus Dan Sihat Kenalpasti Waktu Bila Anda Perlu Makan

Sepertimana yang kita sedia maklum untuk kurus dan sihat bukan sahaja kita perlu bersenam dan mengambil makanan yang seimbang, tetapi waktu bila kita perlu makan juga perlu dititikberatkan.


Kesihatan tubuh badan kita bukan boleh dibawa main, perlu dijaga rapi kerana terdapat pelbagai penyakit sekarang ni. Untuk kekal sihat, anda perlu tahu waktu fisiologi badan kita berfungsi. Berikut saya kongsikan kepada anda.

Waktu Fisiologi Badan Berfungsi

5-7 pagi

Waktu dimana usus besar bekerja. Anda mesti disiplinkan diri untuk buang air besar masa waktu ini. Jika tidak, penyakit akan berkumpul.

7-9 pagi

Wajibkan diri untuk bersarapan. Jika tidak, metabolisma badan akan turun mendadak. Sebab tu kadang-kadang orang bersarapan lewat lepas pukul 9 pagi, berat badan naik mendadak walaupun hanya makan sekali sehari.

9-11 pagi

Organ limpa bekerja. Elakkan makan dalam waktu ini.

11-1 petang

Jantung bekerja secara optimum. Elakkan bekerja berat, sebaiknya rehat dan tidur seketika. Serangan jantung kerap terjadi ketika waktu ini.

1-3 petang

Usus kecil bekerja. sebaiknya buang air besar kali kedua ketika waktu ini.

3-5 petang

Pundi kencing bekerja, sebaikya buang air kecil waktu ini.

5-7 petang

Ginjal bekerja secara optimum. Elakkan badan terlalu dehydrated. Banyakkan minum air dalam waktu ini.

7-9 malam

Perikardium bekerja. Elakkan makan makanan yang berat waktu ini.

11-1 pagi

Hempedu bekerja. Elakkan makan, berat badan akan naik mendadak.

1-3 pagi

Hati bekerja untuk singkirkan toksik. Elakkan berjaga. Sering berjaga waktu ini berpotensi untuk kanser. Waktu ini adlah waktu terbaik untuk tidur yang lebih lena.

3-5 pagi

Peparu bekerja. Bagi pesakit asma, elok amalkan bangun pada waktu ini. Peparu menyerap oksigen dalam kuantiti yang tinggi. Ibadah solat sangat digalakkan waktu ini.

Oklah, moga-moga info yang diberikan memberi manfaat pada kita semua ya. Terima kasih kerana membaca.

No comments:

Post a Comment

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Yang 62

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Yang Ke 62 Assalamualaikum semua, hai. Alhamdulillah rakyat Malaysia bakal ,menyambut Hari Kemerdeka...