Blog ini memberikan panduan kesihatan, petua dan tips bagaimana hendak menguruskan badan

Friday, May 17, 2019

Wanita Ini Kongsikan 10 Tips Kurus Tanpa Berlapar

10 Tips Kurus Tanpa Berlapar

Seorang wanita yang menggelarkan dirinya Kak Shol berkongsi dan mendedahkan tips kurus tanpa berlapar yang beliau amalkan sendiri. Jom baca perkongsian beliau.

Disebabkan ramai pm, dm kak shol tip turunkan berat badan. Hari nie kak shol berbesar hati nak share macam mana boleh turun berat dari 74kg kepada 54kg dengan ketinggian below 150cm. BMI : 34. Tarikh mula diet pada 22 October 2017.

Formula diet= 80% Permakanan + 20 % Senaman + 100% Mindset

Wanita Ini Kongsikan 10 Tips Kurus Tanpa Berlapar

1. Azam, Target dan Istiqamah

Mula mula pasang azam nak diet. Sebab apa nak kurus. contohnya nak kawin ke, nak pakai baju lawa lawa ke, nak mudah beribadat. Kak shol pulak nak kurus sebab dah boring gemuk.haha. Lepas tu set target nak turun berapa dan berapa lama masa yang akan diambil untuk capai target. Target kak shol adalah turun sebanyak 20kg dalam masa 6 bulan. Selepas itu kena istiqamah dengan impian kita. 100% mindset yang kita boleh kurus. InsyaAllah jadi.

2. Tolak Terus Makanan dan Minuman Manis

-berhenti makan kuih mueh, kek, segala jenis manisan
-berhenti makan fast food
-berhenti makan jajang/cakedis/kudapan/junk food/meggie
-berhenti makan segala jenis biskut tak kira biskut oat ke,marie ke..
-berhenti minum air manis, tolak terus neslo,teh tarik, air hipster ke, 3 in 1.
-elak makanan bergoreng, berminyak dan bersantan.

3. Makan 5-6 Kali Sehari

Jangan skip waktu makan, nak diet nie memang kena rajin makan tapi dalam kuantiti yang betul. Makan kena 5-6 kali sehari.
Kak Shol makan sarapan (9am), snack (11am), lunch (1/2pm), snack (4/5pm) and dinner (8pm) tapi kalu lapar jugak makan sekali lagi kul 10pm

4. Rajin Minum Air Putih/Kosong

Minum air lebih dari 3L sehari. Cara pengiraan kandungan air diperlukan badan adalah 1L air bersamaan dengan berat 25kg. Kalau berat 75kg kena ambil 3L air sehari. Ajar diri sentiasa bawa bekal air putih bersama. Dahaga ke tak dahaga ke kena minum air. Ingat tu.

5. Rajin Bawa Bekal

Kalau sebelum ni memang kak shol malas nak masak. Tapi setelah start pasang niat nak kurus, tiap tiap hari wajib masak. Pagi pagi dah tang tung tang tung taratung masak sarapan dan makanan tengah hari untuk bawa ke office. Sebab apa kena masak sendiri? Kalu kita masak kita boleh control minyak, garam dan bahan digunakan.

6. Belajar Kira Kalori

Benda nie paling penting. Diet dengan calori berpisah tiada. Setiap makanan ada calori sendiri. Kenal pasti keperluan Calori seharian. Pastikan calori yang kita ambil tak boleh lebih dari calori yang diperlukan oleh badan. Kak shol guna apps "MyFitness Pal". Apps nie akan kira calories setiap makanan kita. Pilih makanan yang bercalori rendah dan berkhasiat.

7. Tidur Kena Cukup

Nak kurus tidur kena cukup. Kenapa kak shol cakap gitu? Kalau kita tidur tak cukup ia akan menganggu system badan/metabolisma badan kita. Ia menyebabkan nafsu makan meningkat untuk cuba bekalkan tenaga dan badan pulak jadi stress dan meningkat simpanan lemak badan. Kak Shol pernah tak cukup tidur 3- 4 hari sebab layan drama korea. Kesannya ambil ko berat turun sikit je.huhu. Lagi satu, kalau lambat tidur kita rasa nak craving je. nak menguyah je.

8. Timbang Berat Hanya Seminggu Sekali

Kak Shol timbang berat seminggu sekali setiap hari Khamis. Pastikan, timbang awal pagi semasa perut kita kosong. Ini adalah berat badan kita yang betul. Selain itu, setiap kali timbang rekod pencapaian penurunan berat. Boleh guna apps "Monitor Your Weight". Elakkan timbang time waktu datang bulan(period). Why? ikutkan pemerhatian kak shol time period berat kita akan bertambah 0.5-1.0kg. Kalau nak timbang jugak tak ada masalah cuma jangan la rasa kecewa or down jika berat time tu tak turun tapi naik pulak.

9. Senaman

Untuk 3 bulan pertama kak shol buat zumba/joget dalam rumah 3-4X seminggu, 1 jam setiap sesi. Pasang je vidoe zumba, tak perlu malu kalau salah step janji peluh mesti keluar. Untuk 3 bulan seterusnya, kak shol banyak activiti outdoor seperti jogging, workout 3-4X seminggu. Weekday kak shol jogging petang dan weekend pulak jogging masa pagi.

10. Atur Menu

Antara menu yang kak shol selalu makan:

Sarapan
-oatovernight
-roti wholemeal 1 keping + 2 biji telur rebus
-roti wholemeal 1 keping + peanut butter + pisang 1biji

Lunch
-ubi rebus + ayam bakar + salad
-spegetti aglo olio
-spegetti carbonara versi healthy
-chicken pasta
-chicken wrap
-ubi rebus + ikan bakar + salad
-tomyam
-roti wholemeal + telur hancur + ayam goreng kunyit

Snack
-pisang, boleh dikatakan tiap tiap hari makan pisang
-buah buahan seperti apple, anggur, mangga
-kacang kuda rebus
-pisang, peanut dan milk

Dinner
-buah buahan
-susu fresh milk secawan

Kak shol tak ambil nasi tapi kak shol gantikan nasi dengan karbohidrat lain seperti roti, pasta, sweet potato. Kalu korang nak ambil nasi boleh je cuma portion dia sebesar penumbuk.

Makanan diet kena creative dan enjoy untuk elakkan kita bosan makan benda yang sama.

Cheatday- dalam process diet nie ada jugak beberapa kali kak shol cheatday. Tetapi, bukan setiap minggu ada cheatday. Kak shol cheat day/cheat meal hanya apabila ada event tertentu je. Contohnya: cheatday time annul dinner di hotel, time bercuti, time special outing, time farewell.

Sekian terima kasih, semoga memberi manfaat dan semangat pada anda semua.

Sumber dari facebook : Sholahtul Hafizah

No comments:

Post a Comment

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Yang 62

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Yang Ke 62 Assalamualaikum semua, hai. Alhamdulillah rakyat Malaysia bakal ,menyambut Hari Kemerdeka...