Blog ini memberikan panduan kesihatan, petua dan tips bagaimana hendak menguruskan badan

Thursday, June 6, 2019

3 Langkah Mudah Untuk Menurunkan Berat Badan Dengan Mengamalkan "Diet Pisang"



Tahukah Anda dengan mengamalkan "diet pisang" anda boleh menurunkan berat badan dan sentiasa sihat?

Di Malaysia pisang memang tidak asing lagi, pelbagai jenis pisang boleh kita temui seperti pisang nangka, pisang emas, pisang tanduk, pisang berangan dan sebagainya.

Pisang bukan saja boleh dimakan begitu saja, tetapi boleh juga dibuat kek, kerepek, goreng pisang dan cekodok.

Buah pisang mengandungi karbohidrat dan potassium yang tinggi hingga mampu memberi tenaga segera pada badan manusia. Pisang sangat kaya dengan nutrisi. Ia terdiri daripada 75% air, 1.3% protein dan 0.6% lemak.


Khasiat Pisang

1. Meningkatkan tahap penghadaman
2. Kaya nutrien penting
3. Membantu menurunkan berat badan
4. Sumber antioksidan yang sangat baik
5. Kawalan tekanan darah yang baik seterusnya membantu kesihatan jantung
6. Mengurangkan risiko sakit asma
7. Menjadikan buah pinggang lebih sihat
8. Meningkatkan kepekaan insulin

Ok berbalik kepada diet pisang tadi. Terdapat juga diet dimana seseorang akan makan pisang sebelum setiap kali makan. Contohnya makan 2 biji pisang sebelum makan malam.

Cara mengamalkan jenis diet pisang ini, anda perlu mengambil dua pisang setiap hari dan buahnya dimakan sekurang-kurangnya setengah jam sebelum makan.

Sekiranya anda mudah lapar pada waktu malam, diet ini mungkin sesuai untuk anda.

Buat pengetahuan anda 100 gram pisang mempunyai kira-kira 86 kalori, dan buah ini bertindak sebagai pengganti terbaik untuk semangkuk beras putih yang mengandungi 252 kalori.

Salah satu punca utama bagi orang ramai kehilangan momentum untuk menurunkan berat badan adalah disebabkan kelaparan semasa diet.

Cara Diet Pisang

1. Makan satu atau dua pisang 30 minit sebelum makan malam.

2. Selepas makan pisang, anda minum segelas air kosong atau teh hijau.

3. Selepas 30 minit, anda boleh menikmati makan malam anda.

Peraturan Ketika Melakukan Det Pisang Ini

1. Anda mesti makan pisang sebelum makan dan minum air selepas makan pisang.

2. Sebaik-baiknya minum air yang bebas gula dan suam.

3. Jika anda merasa kenyang selepas makan pisang, jangan paksa diri untuk makan malam

Bagi anda yang mengamalkan diet pisang ini, anda akan merasa sistem penghadaman akan lebih baik seterusnya kehilangan berat badan.

Jadi, jika anda berfikir untuk menurunkan berat badan, diet pisang ini mungkin baik untuk anda.

Tambahan pula, anda masih boleh makan seperti biasa cuma menambahkan pisang sebagai diet anda. Mudah kan. Selamat beramal.

No comments:

Post a Comment

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Yang 62

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Yang Ke 62 Assalamualaikum semua, hai. Alhamdulillah rakyat Malaysia bakal ,menyambut Hari Kemerdeka...