Blog ini memberikan panduan kesihatan, petua dan tips bagaimana hendak menguruskan badan

Sunday, August 25, 2019

8 Langkah Untuk Anda Jalani Gaya Hidup Sihat

Assalamualaikum, hai semua. Semoga anda sihat-sihat selalu.

Hari ni saya nak berkongsi kepada anda beberapa langkah untuk anda menjalani gaya hidup yang lebih sihat. Berikut adalah langkah-langkahnya:


1. Minum Air Secukupnya

Minum banyak air suam atau air mineral untuk membantu membuang toksin dalam badan, menjaga kesihatan kulit dan juga membantu membakar kalori dalam badan.

2. Amalkan Diet Sihat

Sentiasa amalkan diet yang sihat. Makan dengan cukup dan berkhasiat bukannya makan secara berlebihan. Cara terbaik makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang.

3. Sentiasa Bersenam

Bersenam sangat untuk kesihatan badan dan rohani. Contohnya jogging, senam aerobik dan sebagainya. Lakukannya selalu walaupun hanya 10 minit sehari.

4. Elakkan Tekanan

Stress atau tekanan dapat mendatangkan segala macam penyakit dan perkara-perkara yang negatif. Carilah peluang untuk anda meredakan ketegangan seperti meditasi, mendengar muzik yang lembut, melihat pemandangan dan sebagainya.

5. Jangan Merokok

Elakkan merokok kerana ia menjejaskan kesihatan anda dan juga orang lain. Merokok juga membuatkan kulit anda kusam.

6. Penjagaan Kulit.

Biarkan kulit anda berehat dari memakai sebarang solekan terutamanya pada waktu malam. Kulit juga perlu bernafas dengan baik.

7. Terapi Wangian

Anda perlu luangkan masa anda untuk menikmati aromaterapi. Manjakan diri dengan mandian bunga yang wangi. Ini juga dapat meningkatkan energi diri dan meluaskan aura diri anda.

8. Tidur Yang Berkualiti

Pastikan tidur anda cukup dan benar-benar berkualiti. Elakkan sebarang gangguan seperti bermain handphone dan sebagainya.

Alhamdulillah, jika kita semua konsisten dan istiqomah mengamalkan langkah tersebut, kesihatan kita akan bertambah baik dan dapat menghindari dari segala macam penyakit. Semoga bermanfaat buat anda semua.

No comments:

Post a Comment

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Yang 62

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Yang Ke 62 Assalamualaikum semua, hai. Alhamdulillah rakyat Malaysia bakal ,menyambut Hari Kemerdeka...